Tuesday, July 21, 2009

Kerosakan yang biasa berlaku dalam litar pemasangan elektrik

Kerosakan yang biasa berlaku dalam litar pemasangan elektrik

Diantara faktor-faktor atau punca-punca yang menyebabkan kerosakan pada litar pemasangan elektrik boleh disenaraikan seperti di bawah;
a. Litar terbuka
b. Litar pintas
c. Kerosakan bumi
d. Pertambahan voltan bekalan secara mendadak.

1. Litar terbuka ( open circuit )
Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada beberapa perkara berikut ;

a. Pengalir kabel putus.
b. Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
c. Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar
tidak beberapa baik .

2. Litar pintas ( short
Litar pintas terjadi apabila pengalir fasa bersentuh dengan pengalir neutral. Terjadi disebabkan beberapa perkara di bawah ini ;

a. Penebat kabel rosak .
b. Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan
hingga bersentuh dengan pengalir kutub. Justeru itu, bila
persentuhan berlaku dari pengalir berlainan kutub maka
litar pintas pun berlaku dengan cepat dan sangat bahaya
pada pengguna elektrik .

3. Kerosakan bumi
Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa atau hidup bersentuh dengan pengalir bumi atau badan ( rangka logam ) alat perkakas elektrik. Biasanya pengalir bumi berwarna hijau yang mana akan disambung ke rangka alat elektrik yang berlogam. Bagi mencegah rangka ini hidup maka perlu ianya dibumikan. Biasanya bila berlaku kerosakan bumi dalam rumah pengguna, alat ELCB yang berada pada papan agihan akan menyebabkan suis alat tersebut akan terpelantik menandakan dalam rumah pengguna tersebut telah berlaku arus bocor samada pada alat elektrik, punca suis atau dalam alat aksesori elektrik litar pengguna tersebut .

4. Pertambahan voltan bekalan
Pertambahan voltan bekalan boleh berlaku apabila kemasukan voltan bekalan pihak pembekal ke litar pengguna meningkat secara tiba-tiba dan ini menyebabkan berlakunya kerosakan pada alat elektrik pengguna . Sebab itu selalu kita dengar ada pengguna yang rosak alat elektriknya seperti peti sejuk, kipas angin, komputer, t.v dll. Mungkin kerosakan ini berpunca dari kerosakan transformer pihak pembekal dan juga kilat serta petir yang berlaku . Arus dari kilat serta petir ini membawa cas elektrik yang cukup tinggi dan akan masuk ke rumah pengguna melalui arial t.v. talian talifon serta melalui punca soket keluaran litar pengguna. Dawai neutral pada punca soket keluaran biasanya tidak dapat diputuskan lantaran itu arus yang mempunyai cas sangat tinggi tadi dapat melalui ke litar pengguna menyebabkan berlakunya kerosakan yang tidak diingini. Langkah keselamatan perlu diambil seperti mencabutkan semua plug 13A ketika berlakunya kilat dan petir. Jangan bergantung sepenuhnya pada alat kawalan yang ada dalam rumah tersebut kerana ada ketikanya alat tersebut tidak dapat bertindak bila berlakunya sesuatu musibah yang kunjung tiba. Utamakan keselamatan dan sikap berhati-hati adalah sangat perlu bagi mencegah sesuatu kes kemalangan .

Tuesday, July 7, 2009

SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK

Sistem Pendawaian Elektrik
Suatu sistem yang mengandungi penebat , pengalir dan perlindungan mekanikal bagi pemasangan litar – litar elektrik yang menggunakan
sesuatu jenis kabel .
Jenis-jenis Sistem Pendawaian - diantaranya adalah;
>Sistem pendawaian permukaan .
>Sistem pendawaian konduit .
>Sistem pendawaian trunking .
>Sistem pendawaian salur ( Duct )
>Sistem pendawaian katenari .
>Sistem pendawaian tersembunyi dll.

Cara-cara pemilihan sistem pendawaian
•Jenis– jenis beban yang hendak dipasang
•Keadaan Tempat Yang Hendak Dibuat Pemasangan
•Kos Pendawaian
•Kelulusan Pihak Pembekal
•Tempoh Ketahanan Pemasangan
•Keadaan Khusus
•Tempoh Menyiapkan
•Tambahan Litar Atau Perubahan Litar
•Kekemasan Dan Kecantikan
•Voltan Bekalan

Sistem pendawaian permukaan - ciri-ciri pemilihannya
ØBangunan batu atau kayu
ØKos murah
ØBilangan kabel atau litar akhir sedikit
ØMasa menyiapkan singkat
ØKadar kuasa beban kecil .
ØKerosakan mekanikal kurang

Kebaikan sistem pendawaian permukaan
•Murah
•Masa menyiapkan singkat .
•Mudah dibuat penyelenggaraan .
•Mudah untuk diubah suai
Keburukan sistem pendawaian permukaan
•Sesuai untuk bekalan 1 fasa sahaja .
•Terdedah kepada kerosakan .
•Kadar kuasa beban kecil .

•Sistem pendawaian yang menggunakan konduit logam dan bukan
logam( pvc )
•Biasanya dipasang di tempat yang berkemungkinan berlaku kerosakan
mekanikal seperti di kilang dan bengkel .
•Kabel yang digunakan adalah terdiri daripada kabel bersalut dan tanpa
salut .

Maaf blog dalam pembinaan ........

Wow $1,310,377 video ? ?Interested ?Click the link below:
http://www.partnerwithpaul.com/go/21320
Important : After you see the video completely, click the Affiliate and Sign up.Put your address correctly so that your check can reach your place. Don't wait !!!