Tuesday, July 21, 2009

Kerosakan yang biasa berlaku dalam litar pemasangan elektrik

Kerosakan yang biasa berlaku dalam litar pemasangan elektrik

Diantara faktor-faktor atau punca-punca yang menyebabkan kerosakan pada litar pemasangan elektrik boleh disenaraikan seperti di bawah;
a. Litar terbuka
b. Litar pintas
c. Kerosakan bumi
d. Pertambahan voltan bekalan secara mendadak.

1. Litar terbuka ( open circuit )
Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada beberapa perkara berikut ;

a. Pengalir kabel putus.
b. Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
c. Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar
tidak beberapa baik .

2. Litar pintas ( short
Litar pintas terjadi apabila pengalir fasa bersentuh dengan pengalir neutral. Terjadi disebabkan beberapa perkara di bawah ini ;

a. Penebat kabel rosak .
b. Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan
hingga bersentuh dengan pengalir kutub. Justeru itu, bila
persentuhan berlaku dari pengalir berlainan kutub maka
litar pintas pun berlaku dengan cepat dan sangat bahaya
pada pengguna elektrik .

3. Kerosakan bumi
Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa atau hidup bersentuh dengan pengalir bumi atau badan ( rangka logam ) alat perkakas elektrik. Biasanya pengalir bumi berwarna hijau yang mana akan disambung ke rangka alat elektrik yang berlogam. Bagi mencegah rangka ini hidup maka perlu ianya dibumikan. Biasanya bila berlaku kerosakan bumi dalam rumah pengguna, alat ELCB yang berada pada papan agihan akan menyebabkan suis alat tersebut akan terpelantik menandakan dalam rumah pengguna tersebut telah berlaku arus bocor samada pada alat elektrik, punca suis atau dalam alat aksesori elektrik litar pengguna tersebut .

4. Pertambahan voltan bekalan
Pertambahan voltan bekalan boleh berlaku apabila kemasukan voltan bekalan pihak pembekal ke litar pengguna meningkat secara tiba-tiba dan ini menyebabkan berlakunya kerosakan pada alat elektrik pengguna . Sebab itu selalu kita dengar ada pengguna yang rosak alat elektriknya seperti peti sejuk, kipas angin, komputer, t.v dll. Mungkin kerosakan ini berpunca dari kerosakan transformer pihak pembekal dan juga kilat serta petir yang berlaku . Arus dari kilat serta petir ini membawa cas elektrik yang cukup tinggi dan akan masuk ke rumah pengguna melalui arial t.v. talian talifon serta melalui punca soket keluaran litar pengguna. Dawai neutral pada punca soket keluaran biasanya tidak dapat diputuskan lantaran itu arus yang mempunyai cas sangat tinggi tadi dapat melalui ke litar pengguna menyebabkan berlakunya kerosakan yang tidak diingini. Langkah keselamatan perlu diambil seperti mencabutkan semua plug 13A ketika berlakunya kilat dan petir. Jangan bergantung sepenuhnya pada alat kawalan yang ada dalam rumah tersebut kerana ada ketikanya alat tersebut tidak dapat bertindak bila berlakunya sesuatu musibah yang kunjung tiba. Utamakan keselamatan dan sikap berhati-hati adalah sangat perlu bagi mencegah sesuatu kes kemalangan .

25 comments:

  1. Saya nak tanya ,saya tengok TV dalam masa yang sama anak saya tekan suis lampu,tiba2 keluar bunyi macam elektrik menendang dekat TV.kenapa berlaku perkara sebegini?

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya ,saya tengok TV dalam masa yang sama anak saya tekan suis lampu,tiba2 keluar bunyi macam elektrik menendang dekat TV.kenapa berlaku perkara sebegini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beban lebih mungkin.plug lampu dgn tv disambungkn pd soket yg sama ke?

      Delete
    2. Kalo berlaku camni bahaya x? Sy pown alami benda yg sama. Sy perasan jd camni bila sy connect lg 1 cable hdmi..adakah sbb tambah cable?skrg dia dh affect screen tv. Apa yg perlu sy buat?

      Delete
  3. baru je berlaku pada saya...saya guna banyak peralatan elektrik dlm 1 soket..lepastu soket Utama pun meletup..nasib baik tidak berlaku kebakaran

    ReplyDelete
  4. cuma tangan saya sedikit melecur akibat terpegang soket Utama semasa nak membukanya

    ReplyDelete
  5. Nak tanya apa masalah sekiranya supply di suis ada tapi supply ke lampu tiada..kabel life ke lampu tidak putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Kabel pengalir L dan N

      Delete
    2. Kabel neutral da periksa tuan, mungkin putus seperti yg dikomen oleh mohd amir

      Delete
    3. 019 3693494 utk perbincangan lanjut

      Delete
  6. Nk tnye..dkt wyr hjau di plug ad arus..ap mslh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Earth putus, cuba ke terminal earth yg kt luar 2, tkut2 da putus/ rod@btg besi da karat

      Delete
    2. 019 3693494, kita blh bincang lbih lanjut

      Delete
  7. Pada extention cable ade current tpi bila pasang plug tv tak bleh on.pe mslh nye?extention cable rosak?

    ReplyDelete
  8. Sy ada penambahan pluq n suiz kat dapur.. Tanpa ada penambahan di kotak peti suiz utama.. Bila tgh tgk tv klu suami ada buka suiz lmpu toilet ataupun mana2 suiz tv akn trpadam gambar dlm 5 saat dan kembali normal.. Klu meain bsuh tgh brfgsi..tv akn trpdam gambar mngikut kitaran mesin bsuh.. Mnta pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii salam semua sy nak mintak penjelasa tuan tuan semua kenapa db rumah saya dari meter ke rcb ada electric tpi tak masuk ke mcb boleh tolong jelas kan tak dari mana punca tu terjadi

      Delete
  9. 011/26259833
    Teras Sepadu Engineering & Construction
    Tumpang iklan bagi membantu sahabat2 saudara saudari dlm permasalahan diatas

    ReplyDelete
  10. Saya memasang lampu led diluar toilet tanpa sengaja trip sebab wyre hitam Dan hijau terkena badan housing lampu Dan Ada percikan API kecil.lampu led Di dlm toilet Pula rosak tk nyala.lampu led ok cuma tk nyala.apakh masalah nya ya

    ReplyDelete
  11. Hai Boss...
    Saya nak tanya kenapa wayer earth di semua plug ada arus elektrik.
    Lagi satu rangka silling plaster dan juga rangka besi compresor aircon ada arus elektrik.

    ReplyDelete
  12. Saya nak tanya macam mana ye nak betulkan wayar yang shot ye

    ReplyDelete
  13. 8 penyebab kerosakan litar bocor ke bumi

    ReplyDelete
  14. 8 penyebab kerosakan litar bocor ke bumi

    ReplyDelete
  15. Boleh ke seterika alami kebocoran arus elektrik di bahagian kabel nye. Sbb terasa renjatan kecil apabila kulit tersentuh kabel

    ReplyDelete